Baru cas 3 minit, Tengok skrin iPhone 8 Plus Lepas Tu Tercabut

skrin iPhone 8 Plus

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Wu, membeli model terbaru iPhone, yaitu iPhone 8 Plus 64 GB yang dibayar secara ansuran bulanan.

Ketika telefon pintarnya itu menunjukkan hanya 70% baki bateri yang tinggal, Wu menyambungkan kabel pengecas ke iPhonenya. Bagaimanapun tiga minit selepas itu, alat peranti itu mula merekah dan skrin tercabut

Wu segera mencabut kabel pengecas dari iPhone itu dan bercadang mahu menghantar kembali kepada pihak Apple untuk diperiksa dan dibaiki.

Sementara itu, Wu masih tertanya-tanya apa dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku sedangkan dia menggunakan alatan pengecas yang disediakan dalam kotak iPhone 8 Plus berkenaan, bukannya alat pengecas yang lain