Benda-benda Meragukan di Sebalik Perniagaan Boy Iman Dari Dulu Lagi

Kalau korang mengaku kaki sosial media, mustahil korang tak tahu tentang kes penangkapan Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd. Rahman berkaitan kes penipuan rumah kos rendah. Bagi sesiapa yang tak mengenali Boy Iman, dia ni merupakan seorang pelakon popular sekitar awal 2000-an dulu. Antara filem yang paling gempak yang pernah dibintangi oleh Boy Iman adalah  filem Kem 505 dan filem Blok 404. Fuhh, kami rasa dari tajuk filem korang dah boleh agak kedua-dua ni filem seram thriller.

Boy Iman sendiri mengakui kariernya sebagai pelakon semakin merudum. Oleh sebab itu, dia pun cubalah nak jadi businessman dengan menjual minuman dan produk kesihatan menggunakan label AFS Konsortium. Lepas tu dia juga membuka syarikat penerbitan yang diberi nama AFS Pictures Sdn Bhd. Hahh. Sebab itulah agaknya Boy Iman ni lama menghilang, tengah fokus berniaga!

“Untung rugi itu adalah lumrah dalam melakukan apa jua perniagaan. Itulah risiko yang perlu diambil dan bersedia menghadapinya. Dari situ juga kita boleh menimba pengalaman dan meningkatkan pengetahuan kerana semua itu tidak boleh diperoleh dalam sekelip mata. Saya akui, pernah terbit rasa putus asa untuk meneruskan perniagaan yang dilakukan, tetapi atas dorongan kawan-kawan dan isteri, saya tekad untuk kuatkan semangat dan Alhamdulillah, perniagaan saya semakin maju dan berkembang.” Petikan dari Utusan