Benda-benda Meragukan di Sebalik Perniagaan Boy Iman Dari Dulu Lagi

Sebalik Perniagaan Boy Iman Dari Dulu Lagi

Satu Malaysia gempar bila Boy Iman dapat gelaran Doctor of Philosophy dalam satu majlis. Ramai mendakwa Boy Iman beli PhD palsu, memandangkan sekarang ni ramai orang berniaga PhD palsu. Tapi mengikut Boy Iman:

“Ijazah diterima sebenarnya ijazah doktor kehormat dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang sepatutnya diterima oleh penasihat syarikat saya. Namun atas alasan tertentu, saya bagi pihak penasihat syarikat diminta menerima anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada kolej berkenaan yang berbesar hati menganugerahkan ijazah doktor ‘kehormat’.

Justeru, saya tidak mahu mempertikai kolej yang mempunyai jaringan pendidikan dengan sebuah universiti di Chennai, India itu. Tetapi saya hormat dan menghargai pengiktirafan mereka itu.” –Petikan dari Utusan

Betapa powernya Boy Iman ini, dia bukan sekadar pernah menerima ijazah doktor kehormat, tapi dia juga turut mempunyai gelaran Dato’! Dia siap upload ebijik gambar di pagar istana melalui akaun media sosialnya. Apa lagi, berduyun-duyun orang melakukan kecaman dan bertanya; mengapa bergambar di hadapan pagar istana?

Sebalik Perniagaan Boy Iman Dari Dulu Lagi

Apasal erk dia bergambar depan istana? Tunggu pagar tu buka agaknya. Foto dari beautifulnara

Macam biasalah, Boy Iman ada jawapannya yang tersendiri. Kali ini dia menjelaskan bahawa anugerah Datuk yang diterimanya datang daripada Pahang.

“Gelaran Datuk saya sah dan saya terimanya dari negeri Pahang. Sepatutnya saya dapat penganugerahan ini pada waktu yang sama Datuk Nassier Wahab menerimanya di Istana Abu Bakar di Pekan Pahang. Namun atas beberapa sebab, tarikh baru diberikan dan ia dilangsungkan di ibu kota. Cuma saya harap penganugerahan ini dapat menebus balik maruah saya yang diperkotak katikkan selama ini.” –

Source: https://viral.arif.my/benda-benda-meragukan-di-sebalik-perniagaan-boy-iman-dari-dulu-lagi-soscili/