Merajuk Hati ? Ini Reaksi Fazura kena “FRIENDZONE” Dengan Fattah !!!

Media sosial sebelum ini hangat diperkatakan mengenai hubungan istimewa antara Fattah dan Fazura kedua – duanya saling berbalas kuntuman bunga pada sambutan ulangtahun hari lahir masing – masing

“Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya,” jelas Fazura

Apa yang pasti, sama ada Fattah mahu pun Fazura, pasangan yang mula digandingkan bersama melalui drama Hero Seorang Cinderella ini ternyata bijak menyusun strategi bagi memastikan nama mereka sentiasa meniti di bibir peminat sekaligus membuatkan industri hiburan tanah air akan sentiasa berbicara tentang mereka

Netizen Dakwa Fazura Kena Friendzone

“Janganlah… nanti jadi isu baru pula! Saya dengan Fazura bersahabat sahaja, tak lebih daripada itu..”

Dek kerana kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Fattah, netizen mendakwa Fazura terkena ‘friendzone’ dimana ianya merujuk kepada cinta yang bertepuk sebelah tangan. Bagi kami mungkin Fattah Berkata Demikian Kerana sering diajukan soalan mengenai pelakon gol dan gincu itu

Malah menurut Fazura sebelum ini, beliau juga selesa berkawan dengan Fattah dan tidak menolak kemungkinan jodohnya dengan sesiapa s ahaja asalkan lelaki tersebut mampu menjaga dan membimbingnya ke arah kebaikan

Source: https://www.hangat.com/21666-fazura-kena-friendzone-dengan-fattah/