Mulut Bayi Melecur Selepas Memasukkan Kabel Pengecas Telefon Dalam Mulut

Mulut Bayi Melecur Selepas Memasukkan Kabel Pengecas Telefon

AMERIKA SYARIKAT – Mulut bayi perempuan berusia 19 bulan melecur teruk selepas memasukkan kabel pengecas telefon bimbit yang tidak dimatikan arusnya ke dalam mulut. 

Ibu mangsa, Courtney N Davis, berkata, kejadian itu berlaku pada 28 September lalu di mana bayinya memasukkan kabel pengecas tersebut ke dalam mulut sebelum terkena renjatan elektrik yang menyebabkan bibir kirinya melecur teruk. 

Mangsa kemudian dibawa ibunya ke pusat perubatan dan doktor mengesahkan bibir mangsa melecur dan tiada sebarang ubat yang dapat diletakkan pada bibir mangsa kerana bimbang akan dijilat oleh lidahnya.
Menurut Courtney, kebiasaannya dia tidak akan meletak alat pengecas telefon di tempat yang boleh dicapai oleh mangsa. Namun pada hari kejadian, dia terlupa untuk menyimpan alat pengecas tersebut.