Pavilion Kecoh Gara- gara Datuk Vida Muncul Berbaju Tidur

Datuk Vida Muncul Berbaju Tidur

Kosmetik terkenal Datuk Seri Vida dikejutkan dengan sebuah kek seberat 87 kilogram bersempena pelancaran muzik video I am Me yang di adakan pada rabu

“Saya rasa bersyukur kerana single pertama saya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, selepas video lirik mencapai lebih lapan juta tontonan kini saya tampil pula dengan muzik video arahan pengarah terkemuka, Ghaz Abu Bakar

Kek berwarna merah jambu dan putih itu dihaisi dengan replika wang pelbagai negara selain patung dirinya di dalam tab mandi yang diletakkan di atas kek tersebut.

Tambah menarik kek berharga RM26,000 itu sarat dihiasi dengan batu Swarovski.

“Terima kasih kepada yang menghadiahkan kek ini dan ia benar-benar melambangkan diri saya,” katanya.

Sebelum itu, Pavilion Kuala Lumpur kecoh apabila Vida tiba dengan kenderaan mewah Lamborghini berwarna merah jambu untuk majlis pelancaran muzik video lagunya, I Am Me di Red Box Plus.

Vida yang tampil dengan pakaian tidur dari rona sedondon dengan kereta mewahnya menjadi perhatian peminat dan pelancong yang berada di perkarangan pusat beli-belah itu.

“Alhamdulillah muzik video lirik I Am Me sebelum ini mencecah 9 juta tontonan dan berharap peminat akan menyukai muzik video terbaharu ini.

“Saya mencurahkan pelbagai idea untuk menghasilkan muzik video ini dengan bantuan Ghaz dan dia telah merialisasikannya dengan baik,” kata Vida.

Kata Ghaz pula, dia baharu sahaja menyiapkan proses suntingan video itu pada pukul 3 pagi Rabu (hari ini)

Source : http://berehboh.com/pavilion-kecoh-datuk-vida-muncul-berbaju-tidur/