Pejabat UMNO Kubang Kerian dipecah masuk

Pejabat UMNO Kubang Kerian dipecah masuk

4 Oktober, pejabat UMNO bahagian Kubang Kerian di Jalan Hilir Pasar di sini di pecah masuk penjenayah yang bertindak melarikan perbagai jenis dokumen dan wang tunai.

Kejadian tersebut di sedari oleh salah seorang pekerja di pejabat itu kira-kira pukul 8 pagi setelah mendapati pintu kaca di hadapan bangunan diumpil dan pintu jeriji dipecahkan

Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani, berkata pejabatnya mungkin dimasuki pencuri pada malam tadi.

Katanya, beberapa dokumen penting dan wang tunai turut hilang akibat kejadian itu.

“Ini kali kedua pejabat saya dipecah masuk dan kali pertama pada awal tahun ini,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, pagi ini.

Muhammad berkata, pejabat terbabit mempunyai enam pekerja dan beliau akan meningkatkan aspek keselamatan memandangkan banyak dokumen disimpan di pejabat itu

Source : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/333331/pejabat-umno-kubang-kerian-dipecah-masuk