Rizula di Puji Netizen Kerana Lebih Cantik dan Tidak Hipokrit Macam Nur Sajat

Beberapa hari lalu netizen membandingkan personaliti media sosial Nursajat dengan seorang lagi transgender, Rizulala. Rata-rata memuji Rizulala yang dikatakan lebih cantik berbanding Nursajat.

Terbaru, video Rizulala sedang makan di depan kamera sambil bersiaran secara langsung di Instagram mendapat perhatian netizen apabila dengan terbuka membuat pengakuan mengejutkan.

Berbanding Nursajat yang diragui jantinanya, Rizulala lebih terbuka dan mengakui dia bukanlah seorang perempuan sejati.

Rizulala mengatakan dia tidak mengambil jamu apabila ditanya pengikutnya dan mengakui membuat pembedahan sebagai rahsia kecantikannya.

Menurutnya lagi, dia tidak akan menjalankan pembedahan membuang halkum kerana berpendapat ciptaan Tuhan berkenaan sudah cukup indah.

Sumber : http://kecohsangat.com/2017/10/06/rizulala-dipuji-netizen-kerana-lebih-cantik-dan-tidak-hipokrit-macam-nur-sajat/