Upload Gambar Sama di Instagram , Jejai dan Fasha Rujuk ?

Dua jam yang lalu, pelakon, Nur Fasha Sandha  Hassan dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau jejai, memuat naik gambar yang sama di laman Instagram menimbulkan persoalan ramai, apakah mereka berdua bakal kembali bersama?

Dalam gambar yang dimuat naik, tertera ayat-ayat berikut : 

“..Alhamdulillah, Tuhan telah memberikan petunjuk serta hidayahNya kepada saya dan Rizal, jalan-jalan kebaikan di antara kami, dengan kami dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak dan saya sangat bersyukur dengan anugerah ini..” 

Begitu juga dengan gambar yang dimuat naik oleh Jejai yang hanya beza pada nama sahaja

Sementara itu di ruangan komen, followers Fasha tidak putus-putus mengucapkan kata-kata syukur dan amat berharap Fasha dan bekas suaminya rujuk semula demi masa depan anak-anak mereka

 

Jejai dan Fasha Mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur. Mereka juga dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.

semoga Fasha dan Jejai dipermudahkan urusan, Doakan yang baik-baik untuk mereka

Source: https://viral.arif.my/upload-gambar-sama-di-instagram-fasha-dan-jejai-akan-kembali-bersama/